Saturday, 15 October 2016

Ikan Tongkol Hitam Masak Sambal Lada Serai


Dah lama tak kongsi resepi dan hari ini nak berkongsi menu Ikan Tongkol Hitam segar sambal lada serai - bunyi macam pelek dan jarang didengari. Menu ini mudah disediakan, tak perlu masa yang panjang dan rasanya juga sedap!!


Ikan Tongkol hitam segar dibersihkan dan digoreng jangan sampai terlalu garing
Serai dihiris halus dan di blender lalu ditoskan airnya
Bawang merah, bawang putih, kunyit hidup, cili merah dan cili api di blender (jangan terlalu hancur) dan tos kan airnya.
Tumis bahan kesemua bahan yang telah ditoskan tadi, masukan belacan, asam keping, garam secukup rasa dan sedikit gula serta sedikit serbuk kunyit.
Bila dah naik bau dan layu masukan ikan yang telah digoreng, hirisan daun limau purut - gaul perlahan sehingga sebati dan bolehlah dihidangkan.
Selamat menjamu selera bersama keluarga.

Tuesday, 6 September 2016

ANEKA ULAM-ULAMAN




Untuk informasi : Kami bercuti hanya 2 hari sahaja sempena Hari Raya Aidiladha ini 
pada 12hb dan 13h. Sept 2016. 
Pada Jumaat ke2 dan ke3 di bulan ini kami beroperasi seperti biasa.


SAMBAL KUINI


Buah kuini harganya tinggi buat masa ini, walaupun tiba musimnya namun bekalannya juga sukar didapati.
Ia mengandungi Vitamin A, vitamin B kompleks dan kaya dengan vitamin C. 
Banyak khasiat yang diperolehi dari buah kuini ini 


Buah Kuini

Kupas kulitnya kemudian potong kecil memangjang..



Bahan-bahanya diblend dan dipanaskan dengan api sederhana perlahan kemudian gaulkan bersama buah kuini yang telah dipotong kecil tadi...


KERABU DAUN SELUM


Daun Selum sedap dimakan sebagai ulaman dan enak juga jika dibuat kerabu. Perkongsian menu hari ini adalah Kerabu Daun Selum. Untuk menghasilkannya ia mudah dan cepat.

Seikat atau secekak daun selum 
1/2 sudu sup garam 
1/2 sudu sup gula 
1 sudu sup udang kering 
(Diblend) 
1 sudu sup cili kering blend 
1 sudu sup bawang blend 
1 biji bawang besar 
1 biji cili merah 
6 sudu sup kelapa parut 
Cara caranya sila lihat turutan gambar gambar yang disertakan.




Daun Selum dipotong kecil..

Cili Blend dan Bawang Blend dipanaskan dengan api sederhana perlahan...

Kacau hingga sebati....

Masukkan udang kering...

Masukkan kelapa parut kemudian digaul hingga sebati...

Masukkan bawang dan cili merah..

Akhir sekalu masukkan daun selum dan gaulkan hingga sebati.....sekian.


SALAD SOSEJ DAN KENTANG

Makanan ini digemari oleh anak serta amat mudah menyediakannya,dikongsikan cara menyediakan Salad sosej dan kentang. Sosej boleh juga digantikan dengan bebola samada bebola ikan, daging, makanan laut ataupun sayuran.















Selamat mencuba......

SUP BEBOLA IKAN


Beberapa rakan mengadu kurang sihat dan demam. Jika dah demam rasa macam kurang berselera nak makan, tetapi mungkin masakan berkuah sup dapat membantu terutama dengan nasi lembut yang panas dan ada pula telur masin atau ikan pekasam.
Dikongsikan dengan anda semua Sup Aneka Bebola. Sup ini juga digemari oleh kanak kanak dan dapat menarik selera dan minat mereka untuk makan. Jika suka boleh juga masukkan sayur brokoli atau bunga kubis.
Lebih berselera jika makan sup dengan telur masin, ikan masin atau ikan pekasam.


Bebola ketam, udang, sotong, ikan, telur juga sayuran dan pilihan bebola yang mempunyai tanda halal di pasaran.


Halia dihiris tipis, bawang putih dicincang; karet/cili bengala hijau atau merah atau pun cili merah dipotong dadu. Sedikit lada hitam yang telah ditumbuk dan sedikit serbuk lada sulah. Daun sup atau batang saderi.


Tumis halia dengan sedikit minyak hingga baik bau. Masukan bawang putih - hingga naik bau, masukkan bawang merah, cili merah dan cili hijau. Masukkan air, karet dan bebola. Masukkan sedikit 1 sudu teh lada hitam tangan telah di blend juga 1/2 sudu teh lada sulah. Garam secukup rasa dan masak sehingga menggelegak.


Sebelum diangkat masukkan batang saderi atau daun sup.

Sunday, 4 September 2016

IKAN TEMOLEH atau TEMALIAN MASAK LEMAK CILI API

Ikan TEMOLEH atau TEMALIAN adalah merupakan spesis Kap tempatan yang paling besar kerana ia boleh mencecah size sehingga 70 kg. Mempunyai 7 garislintang di badan menyebabkan rupanya cantik dan menarik. Hidup didasar sungai dan makanannya terdiri dari tumbuhan akuatik, serangga dan alga. Isinya pejal, lembut, lemak dan manis.
Ikan ni boleh dimasak tempoyak, masak lemak cili api atau goreng... pun sodap!


Bahan untuk masak lemak cili api:
Untuk 1 ekor ikan yang anggaran 1 kilo
Cili api 10 biji, Cili merah 2 biji, kunyit hidup 1 inci, asam keping 3 keping (jika tiada belimbing buluh) serai 2 batang, 1/2 kilo santan pekat,
3 gelas air, 1 sudu teh kunyit serbuk, garam secukup rasa.
(Daun kaduk jika suka)


Dipotong dan dibersihkan gaul dengan garam seketika sebelum dicuci sekali lagi. Masuk cili api dan kunyit hidup yg telah dtumbuk campur sedikit air, serai yg diketuk2 serta santan
Masukkan belimbing buluh, garam dan masak dengan api sederhana. Hampir masak masukkan daun kaduk.